Bfm :: Bila Larut Malam

  • Autor: Vários
  • Narrador: Vários
  • Editora: Podcast
  • Duração: 56:33:10
  • Mais informações

Informações:

Sinopse

Bila Larut Malam ialah rancangan yang merungkai fenomena moden, tradisional, serta budaya bandar yang berada di sekeliling kita. Sertai kami untuk memahami trend masyarakat dan budaya. Khas untuk mereka yang tidur lewat dan pengembara malam.

Episódios

  • Scene Indie Luar Kotaraya

    27/02/2019 Duração: 32min

    Scene “indie” atau alternatif sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup kita, terutamanya di bandar. Tetapi bagaimana agaknya scene tersebut di luar kotaraya? Untuk mencari jawapannya, kami berkunjung ke sebuah cafe yang menyajikan kopi, ruang wacana, serta jualan barangan indie di Jasin, Melaka, untuk melihat sendiri bagaimana scene tersebut subur di luar bandar.

  • Menyantuni Nuansa Bahasa Melayu

    20/02/2019 Duração: 45min

    Sempena Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa, Bila Larut Malam mengimbas kembali beberapa perbincangan tentang bahasa Melayu yang merungkai soal hubungan bahasa dengan hierarki masyarakat, keutuhan bahasa tersebut sebagai bahasa intelektual, penciptaan terma-terma baru untuk jargon-jargon moden dan unjuran bahasa kita pada masa hadapan, dengan mengambil kira pengaruh budaya dan teknologi.

  • Naratif dalam Sejarah

    13/02/2019 Duração: 27min

    Semua orang sukakan jalan cerita atau naratif yang baik dalam sesebuah cerita, tetapi adakah naratif itu sebenarnya praktikal dan berguna dalam konteks sejarah, di mana fakta patut diutamakan? Adakah naratif, yang mempunyai beban emosi, patut diketepikan dalam konteks sejarah? Dan bolehkah kita lakukan sedemikian? Kami cuba teroka, berdasarkan sebuah artikel dari The Verge.

  • Di Sebalik 10-Year-Challenge

    23/01/2019 Duração: 26min

    Di sebalik kegirangan kita memuat-naik gambar dahulu dan sekarang untuk turut serta dalam 10-Year-Challenge di media sosial, adakah kita perlu juga memikirkan sama ada penularan itu mempunyai motif tersembunyinya yang tersendiri? Link kepada artikel yang dibincangkan dalam episod ini.

  • Berakar dengan Kenusantaraan, Membumi dengan Kemanusiaan

    16/01/2019 Duração: 37min

    Nusantara dan kemanusiaan - dua aspek yang kini dilihat agak ganjil untuk disertakan bersama. Walhal, nilai-nilai kemanusiaan sentiasa wujud dalam dunia nusantara. Di mana putusnya pegangan dunia ini dengan nilai kemanusiaan? Dan bagaimana kita boleh mengembalikannya semula, tanpa meminggirkan amalan dan budaya masyarakat rantau ini?

  • Merakyatkan Falsafah

    09/01/2019 Duração: 45min

    Falsafah adalah satu topik perbincangan yang kadang-kala dianggap berat dalam masyarakat, tetapi kini ianya sudah mula mendapat tempat dalam kehidupan kita. Walaubagaimanapun, adakah masih terdapat jurang di antara golongan yang berfalsafah, dengan mereka yang tidak? Dan adakah falsafah boleh mendapat tempat yang kukuh dalam hati kita, tanpa merasa “syok sendiri”?

  • Imbasan 2018

    26/12/2018 Duração: 37min

    Sempena hujung tahun ini, Bila Larut Malam akan mengimbas semula beberapa sedutan episod-episod menarik sepanjang tahun 2018. Antara yang disajikan termasuklah penerokaan irama Dikir Barat, arkib muzik Rock & Roll Asia Tenggara yang dipanggil Ricecooker Archives, teori Orientalisme, dan penamatan penerbitan majalah Mastika.

  • Selamat Tinggal Mastika

    19/12/2018 Duração: 52min

    Sama ada buat selamanya, atau hanya sementara, majalah Mastika telah melabuhkan tirainya November lepas, selepas 77 tahun mendidik, menghibur dan menakutkan pembaca di Malaysia. Setuju atau tidak dengan kandungan dan pendekatan editorialnya yang kadang kala bersifat sensasi, kesan dan legasi Mastika dalam dunia penerbitan negara tidak boleh disangkal. Dalam episod ini, kami merungkai sejarah perubahan Mastika dari dulu sehingga kini, serta proses editorial yang dilalui majalah ini untuk menggamit pembaca, hinggalah ke jilid yang terakhir.

  • Imbasan Dunia Teknologi 2018

    12/12/2018 Duração: 29min

    2018 menyaksikan perkembangan dunia teknologi yang lebih kompleks dan menarik, baik dari sudut pengguna teknologi, dan isu sekitarnya. Dalam episod ini, Bila Larut Malam cuba merumuskan antara perkembangan yang menarik dan penting, sepanjang tahun ini.

  • Mendaki Tangga Kerjaya

    05/12/2018 Duração: 37min

    Semua orang ingin mengecapi kejayaan dalam kerjaya mereka, dari sudut pelbagai aspek, sama ada pangkat, gaji, dan kepuasan pekerjaan. Bagaimanakah kita boleh mempersiapkan diri untuk mendaki tangga kerjaya itu? Dan adakah kemajuan kerjaya itu terhad hanya kepada satu syarikat? Perunding kerjaya, Ameirul Azraie Mustadza memberikan bimbingan beliau.

  • Coretan Di Sebalik Gambar

    28/11/2018 Duração: 40min

    Di sebalik kesibukan kita menggunakan media sosial untuk memaparkan satu persepsi yang terbaik untuk tatapan orang ramai, terdapat juga mereka yang menggunakan medium tersebut untuk berkongsi kisah mereka yang jarang kita berikan perhatian. Itulah niat Documenting Kuala, satu inisiatif yang menggunakan Instagram sebagai gelanggang untuk berkongsi kisah yang sering dipinggarkan. Pengasasnya, Farhan Iqbal menyertai kami untuk menceritakan pendekatan beliau, serta kisah masyarakat-masyarakat ini.

  • Memelihara Budaya Seni Warisan

    14/11/2018 Duração: 34min

    Seni budaya tradisional masih mempunyai tempat dalam dunia ini, walaupun berdepan dengan pelbagai macam cabaran. Tetapi di manakah tempatnya? Adakah cukup sekiranya ianya diiktiraf pihak berkuasa dan berkepentingan, tanpa pelapis-pelapis muda yang meneruskan usaha-usaha ini? Pauline Fan dari Pusaka menyertai kami untuk membincangkan perkara ini.

  • Mencari Entiti

    07/11/2018 Duração: 58min

    Kegilaan masyarakat kita dengan elemen yang seram dan menakutkan merangkumi pelbagai aspek. Ada yang minat filem dan cerita seram, ada juga yang lebih minat untuk meneroka tempat-tempat yang dianggap “keras” untuk melihat sendiri “hantu” dalam dunia nyata ini. Semangat ingin tahu itu sedikit sebanyak telah membantu mewujudkan pelbagai jenis kumpulan yang cuba untuk mencari kesahihan dakwaan-dakwaan ini. Dalam episod kali ini, Bila Larut Malam bercakap dengan Pencari Entiti Crew, satu kumpulan yang cuba meneroka aspek paranormal di sekeliling kita, dengan menggunakan kaedah yang bersifat saintifik, untuk mencari kebenaran.

  • Menuju 100 Puncak

    31/10/2018 Duração: 40min

    Aktiviti mendaki, atau “hiking” adalah satu aktiviti riadah yang kini telah menjadi pilihan orang ramai. Sama ada niat anda adalah untuk melihat pemandangan di puncak, bersatu dengan alam sekitar, atau ingin mencabar kecergasan dan kecerdasan diri, aktiviti ini ada manfaatnya untuk semua. Bagi Amiruddin Haron, minat mendaki yang telah dipupuk sekian lama, kemudiannya dijadikan satu misi: misi untuk menawan 100 puncak di Semenanjung Malaysia. Setakat ini, 98 sudah ditawan, dan dengan pengalaman tersebut, Amir berehat sebentar dari mendaki, dan singgah ke stesen kami, untuk menceritakan pengalaman beliau, serta selok belok “hiking”.

  • Tempat Mistik Dalam Dunia Moden

    24/10/2018 Duração: 24min

    Walaupun genre seram sebagai satu bentuk hiburan masih lagi menjadi kegemaran dalam masyarakat kita, tempat naratif-naratif yang mempunyai unsur-unsur ini dalam kalangan masyarakat akar umbi boleh dipersoalkan, terutamanya apabila angin kemodenan kencang membawa pengaruhnya. Adakah masih terdapat tempat untuk naratif ini hidup selesa dalam kalangan masyarakat kita? Adakah ianya masih relevan? Kami kupas.

  • Etnomusikologi 101 - Mengenal Hubungan antara Muzik dan Budaya

    17/10/2018 Duração: 36min

    Hubungan muzik dengan masyarakat tidak terhad hanya sebagai medium hiburan untuk tujuan suka ria. Akar umbi yang menghubungkan muzik dengan budaya dan masyarakat adalah amat dalam, dan mempengaruhi cara sesebuah masyarakat itu hidup. Kajian tentang aspek ini dipanggil etnomusikologi, dan minggu ini, Bila Larut Malam akan mempelajari bagaimana kajian ini cuba memahami dengan lebih mendalam hubungan tersebut, dari aspek yang tradisional dan moden.

  • Perjuangan “Pangrok” Akar Umbi

    10/10/2018 Duração: 38min

    Pangrok Sulap adalah satu kolektif “punk rock” dari Sabah yang memperjuangkan semangat “punk” melalui seni, untuk golongan akar umbi dan masyarakat kampung. Berbekalkan slogan “Jangan Beli, Bikin Sendiri”, isu-isu sosial masyarakat ini diketengahkan dengan pendekatan DIY. Mereka menyertai rancangan Bila Larut Malam untuk menceritakan usaha mereka, dan perjuangan “punk” di Sabah.

  • Di Mana Irama Malaysia dalam Muzik Kontemporari Sekarang?

    03/10/2018 Duração: 40min

    Pemergian komposer lagu Irama Malaysia yang terkenal, Datuk Suhaimi Mohd. Zain, atau Pak Ngah baru-baru ini menimbulkan persoalan tentang tempat genre tersebut dalam muzik kontemporari sekarang. Di manakah lagu-lagu tradisional ini? Adakah ianya kini terhad hanya kepada pertunjukan seni ataupun persembahan di peringkat akar umbi? Kami kupas.

  • Wacana Intelektual: Di Mana Kita Sekarang?

    26/09/2018 Duração: 33min

    Suasana wacana ilmiah dan intelektual dalam arena akar umbi semakin berkembang satu masa dahulu, tetapi di manakah ianya sekarang? Penjual buku terpakai, Tintabudi menyertai kami untuk membuat pemerhatian tentang tahap kematangan pergerakan ini, terutamanya dalam pelbagai cabaran dan kekangan yang dihadapi.

  • Kerjaya dalam Jualan - Persepsi dan Realiti

    19/09/2018 Duração: 36min

    Pekerjaan dalam bahagian jualan memerlukan kemahiran dan personaliti yang tersendiri, dan ini menyebabkan ianya tidak begitu menjadi pilihan dalam kalangan pemburu kerja. Apakah yang boleh pemburu kerja lakukan, sekiranya mereka ingin menceburi bidang ini? Apakah persiapan, serta cabaran yang perlu mereka tahu, sebelum menceburinya?

Página 2 de 5